![]() |
Jerebu |
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Berikut beberapa nasihat yang majikan edarkan kepada staf-staf berkaitan dengan jerebu. Saya nak kongsikan dengan pembaca semua, semoga sama-sama dapat manfaat daripada nasihat tersebut.
Bagi ibu dan bakal ibu, boleh baca info melindungi bayi dan kandungan daripada jerebu daripada laman web BabyCentre di sini dan di sini.
- Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
- Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask).
- Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
- Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
- Banyak minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.
Bagi ibu dan bakal ibu, boleh baca info melindungi bayi dan kandungan daripada jerebu daripada laman web BabyCentre di sini dan di sini.
SUMBER : noraihanqusyairi.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan