Memaparkan catatan dengan label Info dan Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info dan Petua. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2013

PETUA MENGHADAPI JEREBU DAN CUACA PANAS

PETUA MENGHADAPI JEREBU DAN CUACA PANAS

Jerebu

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Berikut beberapa nasihat yang majikan edarkan kepada staf-staf berkaitan dengan jerebu. Saya nak kongsikan dengan pembaca semua, semoga sama-sama dapat manfaat daripada nasihat tersebut.
  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask).
  • Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.


Bagi ibu dan bakal ibu, boleh baca info melindungi bayi dan kandungan daripada jerebu daripada laman web BabyCentre di sini dan di sini.





Sabtu, 8 Disember 2012

Hikmah Janggut

Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah

Janggut


Sabda Rasulullah SAW, 

Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan 
satu lagi bukti saintifik tentang apa yang 





disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga





seorang
 
pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa 

mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah 

tetapi jauh lebih hebat daripada itu.


Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika 





Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki 





mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu 





menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak 





kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah 





suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan 





secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Khamis, 22 November 2012

Menghilangkan Pahit Peria

Menghilangkan Pahit Peria

Sayur Peria (Momordica Chantia)


Sebut sahaja sayur peria, kita mesti terbayang akan kepahitannya. Bak kata orang tua zaman dahulu kala, kalau tak pahit bukan ubat namanya.
Kebiasannya sayur peria digunakan untuk mengurangkan kadar kandungan gula dalam badan. Disebabkan itu, ramai penghidap kencing manis akan mengamalkan makan sayur peria. Namun ramai juga tidak mengamalkannya kerana rasanya agak pahit.
Petua untuk menghilang pahit peria adalah merendamkan sayur peria (yang telah dipotong) dengan air garam lebih kurang 20 minit  dan toskan sebelum dimasak.