Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

Kata Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi

Kata Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi

Kata Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi

  1. Saya meminta KEKUATAN dan ALLAH memberikan saya KESULITAN  untuk membuatkan saya KUAT.
  2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan ALLAH memberikan saya MASALAHA untuk DISELESAIKAN.
  3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan ALLAH memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.
  4. Saya meminta KEBERANIAN dan ALLAH memberikan saya BAHAYA untuk DIATASI.
  5. Saya meminta CINTA dan ALLAH memberikan saya orang-orang BERMASALAH untuk di BANTU.
  6. Saya meminta NIKMAT dan ALLAH memberikan saya peluang.
  7. Saya tidak meminta apa-apa untuk diri saya, tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.


Rabu, 28 November 2012

Tentang Jiwa

Tentang Jiwa

Tentang Jiwa

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
“Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim)
Antara penyakit yang bersarang di jiwa
  1. Ada kebencian dalam hati.
  2. Ada permusuhan dalam diri.
  3. Ada dengki yang mendominasi.

Menurut imam Al-Ghazali terdapat banyak tanda penyakit hati antaranya :-

Pertama: 
Memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt.

Kedua: 
Mempunyai hati yang tidak boleh khusyuk ketika melakukan ibadah.

Ketiga: Memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang.


Namun begitu, untuk mengubati hati ada 5 perkara:

Pertama: Membaca Al-Quran dan maknanya.

Kedua: Dirikanlah solat malam.

Ketiga : Berkumpul dengan orang soleh.

Keempat : Perbanyakkan berpuasa

Kelima : Zikir Malam dipanjangkan


Jumaat, 23 November 2012

Santapan Minda

Santapan Minda

Santapan Minda



Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia  ini kerana  setiap  yang  pandai itu boleh menjadi  bodoh  dan  setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Setiap  jiwa  yang  dilahirkan  telah tertanam dengan benih  untuk  mencapai  keunggulan  hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah  seperti  anda  menggunakan  tangga untuk turun ke bawah

Orang  yang  cemerlang  melihat  setiap  halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang  yang  tidak  cemerlang  menganggap setiap halangan  sebagai  alasan  yang  menyebabkan kemundurannya

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana  tidak  semua  yang  kita perolehi adalah yang kita inginkan

Sumber : Fairlady Shania

Rabu, 21 November 2012

Apakah Pandangan Kita Tentang Dosa?

Dosa 

Menghindari Dosa



Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakankebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar.

Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya, seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah, sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan? Hisablah diri sebelum kita dihisab.

Sumber : Fairlady Shania

Selasa, 20 November 2012

SIFAT SOMBONG MERUGIKAN

Sifat Sombong Merugikan




Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar.  Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
 
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
 
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.  

Khamis, 15 November 2012

Teka Teki Imam Ghazali

Teka Teki Imam Ghazali




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah * MATI*. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah *MASA
LALU*. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah *HAWA
NAFSU* (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah *MEMEGANG
AMANAH* (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah *MENINGGALKAN SOLAT*. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
*LIDAH MANUSIA*. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Kejujuran

Apa Itu Jujur?





Kejujuran boleh dikategorikan kepada 3 bahagian:
Pertama: Kejujuran dalam berkata kata iaitu bersesuaian dengan realiti keadaan sebenar.
Kedua: Kejujuran dalam perbuatan iaitu kesesuaian antara kata kata dengan perbuatan
Ketiga: Kejujuran dalam NIAT iaitu kejujuran tertinggi dimana ucapan dengan perbuatan semuanya dilakukan hanya niatnya untuk ALLAH.
Seorang Mukmin tidak cukup hanya jujur dalam kata kata dan perbuatan, tetapi harus jujur dalam niat sehingga semua kata kata, pebuatan, tindakkan dan keputusan hendaklah berlandaskan kerana mencari keredhaan Allah.
Seorang yang jujur tidak akan berdolak dalik apatah lagi bermain kata kata apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.Orang mukmin semestinya bersifat jujur sepanjang masa tanpa mengira tempat atau keadaan.
Suatu ketika seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah mungkin seorang Mukmin itu kedekut?. Rasulullah SAW  menjawab, “Mungkin sahaja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang Mukmin bersifat pengecut?” Rasulullah SAW menjawab, “Mungkin sahaja.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah mungkin seorang Mukmin berdusta?” Rasulullah SAW menjawab “Tidak” (HR Imam Malik dalam kitab Al Muwaththa)
Kesimpulan nya kejujuran tidak mengira tempat. Disebabkan kejujuran itu merupakan sifat, maka ianya tidak akan berubah dan sesekali tidak pernah akan bertukar mengikut masa dan tempat.
Kejujuran mesti selalu mengalahkan kebatilan.
Bersikap jujurlah walaupun ianya pahit kerana pasti ia akan menghasilkan buah yang manis.
PEACE NO WAR!!

Isnin, 12 November 2012

Mengapa Hati Tidak Tenang

Mengapa Hati Tidak Tenang




Saban hari kita melalui hidup suka dan duka silih berganti. bagai  siang  dan malam. Kita punyai ramai kawan-kawan, dan  bagi  yang  berkemampuan  apa yang mahu dapat diadakan.  Namun  kenapa hati masih tidak merasa bahagia.
Tiada  ketenangan  persis  melihat  jalan yang bersimpang siur  dan  ada  batu besar di atas kepala. Kita mempunyaihajat  samada  kecil atau besar, tapi tiada tercapai tentang apa  yang  diimpikan.  Barangkali  kita  lupa atau sengaja tidak   mahu  buat  postmortem  dan  checklist  apa  yang terpahat  pada  jiwa, bagaimana  pergantungan  jiwa  dan apa intipati yang telah disemaikan.

Ketenangan bukan boleh dibeli dengan wang ringit ataupun ditukar dengan material. Setiap hari kita solat dan berdoa dan kenapa tidak dimakbulkan.

Hati  kita  tak  gembira  sebab  kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampaikan lupa melihat nikmat sekeliling.

Kita berdoa, tapi  doa Allah tidak  makbulkan? Sebabnya   asyik  meminta pada Allah, tapi tidak  pernah meminta ampun  pada  Allah,  sedangkan banyak dosa-dosa terhadap  kepada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah  makbulkan doa kita. Tetapi selepas mendapat kesenangan 
lupa  pada  Allah untuk mengucap syukur pada Allah. Bila  datang kesusahan, ketika itulah teringat Allah. Kita akan menangis, merintihmintak tolong pada Allah.

Cubalah  renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali menyebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada disebut.

Pernahkah  bangun malam, solat tahajud, solat taubat? mengalirkan airmata kesyukuran dengan setiap detik yang Allah pinjamkan pada kita untuk terus bernafas menghirup udara.

Kita selalu berbuat baik dan menolong orang dengan bersedekah. Tapi  tidak merasakan kemanisan ekoran dari perbuatan kita dan jiwa  masih  tidak tenteram. Sebenarnya dalam jiwa belum cukup mantap  tiada sifat ikhlas hanya manis dibibir tapi jauh dalam hati ada  niat  yang tertentu agar mahu sanjungan, balasan dan nama dari  manusia.  Riak  dengan  setiap  kebaikan  yang dilakukan. Dengan  kata  lain  hati dibaluti dengan sifat mazmumah. Dengan adanya sifat inilah juga akan menghilang bahagia di jiwa.

Jangan  sampai  lupa  siapakah  yang  memberi kejayaan kepada kita. Lembutkan jiwa, tunduklah kepada Allah. Bersyukur dengan nikmat  yang  telah Allah  kurniakan  dan  pinjamkan kepada kita. Kerana  ini  semua  tiada  akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik  semua  ini.  Jadi ikhlaskan hati dalam setiap perbuatan yang kita  lakukan. Kita  perlukan  redha  dari  Allah,  tidak ikhlas Allah tidak redha. 


SUMBER : Fairlady Shania