Jumaat, 7 Disember 2012

Resepi Asam Pedas Bungkus

 Asam Pedas Bungkus


Bahan 1:
  • 400 gram ikan pari
  • 1 cawan air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 2 batang serai
  • 6 biji bendi
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan 2 (Dikisar):
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan 2 sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam, daun kesum, kemudian biarkan sehingga mendidih dan pekat.
  3. Susunkan ikan, bendi, tomato, serai dan daun ketumbar di dalam aluminium foil. Bungkus dan lipatkan.
  4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20 minit.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi.
Sumber : Chef Hanieliza

0 ulasan:

Catat Ulasan