Isnin, 3 Disember 2012

Resepi Udang Masak Tempoyak

Udang Masak Tempoyak




Bahan 1:

  • 500 gram udang
  • 2 helai daun kunyit (dikoyak)
  • 5 sudu makan tempoyak
  • 2 batang timun tua (dipotong kecil)
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
Bahan 2 (Dikisar):
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Membuat:
  1. Potong bahagian udang yang tajam dan bersihkan. Kemudian tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali udang.
  3. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan masakkan sehingga mendidih sekali lagi.
  5. Sedia dihidangkan.

Sumber : Chef Hanieliza

0 ulasan:

Catat Ulasan