Selasa, 4 Disember 2012

Resepi Daging Goreng Pataya

Daging Goreng Pataya

Resepi Masakan

Bahan 1:

  • 500 gram daging (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • 4 helai daun limau purut
  • Daun Ketumbar (dipotong pendek)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun purut
  • 1 biji limau nipis
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 2 sudu makan minyak masak
Bahan 2 (Ditumbuk):
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara Membuat:


  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan serai dan bahan 2 sehingga wangi.
  2. Masukkan daging, tomato, daun limau purut, serai dan bawang besar.
  3. Kacau rata dan tutupkan api.
  4. Perahkan limau, taburkan daun ketumbar dan hidangkan.
Sumber: Chef Hanieliza


0 ulasan:

Catat Ulasan