Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Ahad, 18 November 2012

RESEPI ASAM PEDAS DAGING

Asam Pedas Daging
Asam Pedas Daging
Bahan 1:

  • 500 gram daging (dipotong kecil)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 7 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
Bahan 2 (Dikisar):
  • 1½ inci halia
  • 1½ inci lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan (sekiranya suka)
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan Bahan 2 sehingga garing
  2. Masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika sebelum masukkan air
  4. Sesuaikan rasa dan didihkan sehingga daging empuk
  5. Masukkan daun limau purut dan tomato. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak
  6. Boleh dihidang dengan daun ketumbar sebagai hiasan.
Sumber : Chef Hanieliza

PEACE NO WAR!!
PRAY FOR GAZA



Sabtu, 17 November 2012

RESEPI AYAM PERCIK LADA HITAM

Ayam Percik Lada Hitam

Ayam Percik Lada Hitam
Bahan 1:

  • 1 ekor ayam (Dipotong 4 bahagian)
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 2 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 3 keping asam gelugur
Bahan 2 (Dikisar)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 batang serai
  • 5 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
Cara Membuat:

  1. Bersihkan ayam
  2. Masukkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendidih
  3. Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam loyang
  4. Bakar menggunakan pemanggang di atas dapur
  5. Masakkan kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat
  6. Apabila ayam garing, tuang kuah ke atasnya
  7. Sedia untuk dimakan bersama keluarga

Rabu, 14 November 2012

Resepi Ikan Bakar Tomyam

Ikan Bakar Tomyam


Bahan 1

  • 1 ekor ikan siakap (bersihkan dan kelar)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu makan jus limau nipis @ limau kasturi
  • 1 biji tomato (dipitong 6)
  • 2 biji limau kasturi
  • Aluminium foil





Aluminum Foil











Bahan 2 (Dikisar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
Cara Membuat:
  1. Gaulkan semua Bahan 2 dan letakkan di dalam aluminium foil
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut dan bungkus kemas
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit
  4. Perahkan limau semasa dihidang.
Sumber : Cher Hanieliza

Selasa, 13 November 2012

Resepi Sambal Sotong

Sambal Sotong

Sambal Sotong
Bahan 1

  • 500 gram sotong
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 labu bawnag besar (dikisar)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan 2 (Dikisar)
  • 20 tangkai cili kering
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak dan tumis Bahan 2 sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato.
  3. Masukkan gula dan garam, kemudian masakkan sehingga pecah minyak dan pekat.
  4. Masukkan sotong, bawang besar dan daun kari. Kacau hingga rata.
  5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang sedikit layu.
  6. Boleh dihidang bersama nasi putih dan air minuman

Sumber: Chef Hanieliza

Isnin, 12 November 2012

Resepi Terung Goreng

Terung Goreng
Terung Goreng

Bahan 1
  • 2 biji terung panjang (dibelah 2 dan dipotong tengah.
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan 2 (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 10 cili api
  • 5 biji cili merah

Cara Membuat

  1. Terung digaul bersama garam dan serbuk kunyit
  2. Panaskan minyak dan goreng terung terlebih dahulu sehingga garing dan ketepikan
  3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan Bahan 2
  4. Tuangkang bahan yang ditumis tadi ke atas terung yang digoreng
  5. Hidang bersama nasi putih dan juga air minuman
Sumber: Chef Hanieliza

Ahad, 11 November 2012

Resepi Daging Singgang

Daging Singgang

Bahan-Bahan:

  • 500 gram daging
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 10 biji cili padi
  • Garam dan air secukup rasa

Cara Membuat
  1. Daging dihiris nipis
  2. Ketumbar dan jintan manis ditumbuk kasar
  3. Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili ke dalam periuk
  4. Masakkan sehingga daging lembut
  5. Masukkan cili padi dan garam secukup rasa
  6. Hidang bersama nasi putih dan sambal belacan. Jangn lupa air minuman.

Daging Singgang

Sumber: Chef Hanieliza

Sabtu, 10 November 2012

Bahan-Bahan Asas Masakan

Bahan-Bahan Asas Masakan


Bawang
Bawang Merah
Bawang merah merupakan bahan wajib dalam masakan yang disediakan sama ada dimasak atau dibuat kerabu. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu, bawang merah juga mengurangkan tekanan darah tinggi, awet muda, menghindar kanser perut, mencairkan darah, mengelak serangan jantung, strok mengurangkan risiko Alzheimer dan mengurangkan tahap gula bagi pesakit kencing manis.

Bawang Besar
Bawang besar boleh didapati dalam bentuk segar, beku, tin, jeruk atau dikeringkan. Digunakan dalam setiap masakan, sos, stew, sup, salad segar, atau bahan hiasan hidangan. Bawang besar lebih mudah dikupas jika direndam di dalam air mendidih selama 10 saat dan kemudiannya dicelup ke dalam air sejuk sebelum kulitnya dikupas. Bagi mengelak mata berair ketika mengupas, eloklah dibasuh dahulu dengan air sejuk atau letakkannya di dalam peti ais selama 10 minit sebelum mengupas. Cara lain adalah dipotong di bawah air yang mengalir atau biarkannya basah ketika memotong.

Bawang Putih
Bawang putih mempunyai aroma yang kuat dan tajam seperti campuran pedas, pahit dan sedikit masam bergantung kepada jenis masakan. Bawang putih dapat menaikkan aroma masakan daging, ikan dan juga sayuran. Sekiranya mahu membeli bawang putih, pastikan kepalanya kering dan masih terlindung di dalam kulitnya, Jika umbi akar kelihatan kehijauan ia bermakna  bawang putih sudah terlalu tua atau tidak dikeringkan dengan baik. Bawang putih yang terlalu tua akan terus merenyuk walaupun hanya dengan sentuhan lembut.

Bijan
Bijan
Bijan digunakan sebagai perasa dalam makanan dan rasanya sederhana manis. Bijan dipanggang atau digoreng dalam minyak panas sebelum dicampurkan dengan makanan lain. ia juga berfungsi sebagai bahan hiasan untuk roti, biskut kek dan roll selain digunakan dalam kuah sos, bahan adunan, nasi pilaf, makanan bergula dan masakan bergoreng. Kandungan minyaknya tinggi dan mudah rosak jika terdedah pada suhu tinggi. Bijan berkesan untuk menguatkan tubuh badan, baik untuk hati dan limpa serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Buah Keras
Buah Keras
Buah keras banyak digunakan dalam masakan Indonesia dan Malaysia sebagai pemekat kuah. Ia dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekat dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebellum dimakan, kerana kandungan toksiknya tinggi ketika mentah. Masukkan buah keras yang sudah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging untuk melembutkan daging tersebut selain menambahkan lemak masakan tersebut.


Buah Pala
Isi buah pala masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Manakala bijinya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari biji digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan seperti sos dan kicap, sebagai rempah, perisa untuk kek dan masakan berasaskan susu. Isi dan biji dan buah pala mengandungi minyak yang ada rasa yang berbeza. Minyak ini dapat menghasilkan minyak ubat sapu dan minyak wangi.

Bunga Lawang
Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam 5 rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh lama untuk menghasilkan aroma yang kuat. Bunga lawang kisardigunakan dalam masakan salai untuk menguatkan aroma masakan tersebut. Juga digunakan masakan kari dan minuman teh. Bunga lawang dipercayai dapat membantu menghadamkan makanan serta melegakan sakit dada, sengal tulang dan kembung perut.

Cengkih
Bunga cengkih mempunyai rasa tajam, kuat, manis, berangin, pahit dan kelat. Baunya paling menusuk antara rempah ratus lain hingga meninggalkan kesan kebas di dalam mulut. Bunga cengkih elok dibeli dalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk cepat merosot rasanya. Kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek. Bunga cengkih digunakan dalam masakan nasi beriyani, dan sering digunakan dengan jintan putih dan kulit kayu manis. Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkannya ke dalam secawan air. Bunga cengkih yang elok akan terapung secara menegak manakala yang tidak elok akan tenggelam atau terapung secara mendatar.

Ketumbar
Ketumbar
Ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren. Ia boleh didapati dalam bentuk biji atau kisar. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan. Ketumbar berperanan sebagai bahan pemekat dan ramuan utama masakan India. Apabila direneh, ia diminum sebagai ubat bersin tradisional. Biji ketumbar juga digunakan untuk menjeruk sayur, membuat roti, sosej, bir di negara luar Asia. Ia harus disimpan dalam plastik kedap udara untuk mengekalkan mutunya.

Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis adalah pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran rempah ratus yang digunakan dalam resipi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Ia digunakan untuk menumis, menambah wangian pada air gula, membuat cinnamon roll dan pai epal serta membuat wangian. Pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari atau merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam air minuman teh dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetes.

Halba
Halba
Halba adalah bijiran benih keras daripada pokok kekacang. Ia boleh didapati sama ada dalam bentuk asal, kering, serbuk atau bijirin kisaran panggang. Rasanya aromatik, kuat dan pahit manis seperti gula yang dibakar dengan sedikit saderi. Ia banyak digunakan dalam bentuk serbuk kari, menambah rasa daging merah, ternakan dan sayuran. Namun, jika ia digunakan terlalu banyak ia akan meninggalkan rasa yang pahit. Halba juga digunakan membuat perisa vanila, karamel, butterscoth dan maple.

Jintan Putih
Jintan putih adalah rempah yang beraroma rasa pahit dan bau suam disebabkan kandungan minyaknya banyak. Dalam masakan Melayu, ia banyak digunakan dengan jintan manis. Ia biasa digunakan dalam masakan yang ada kandungan rempah yang banyak dan menjadi salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Banyak digunakan dalam masakan stew dan panggang terutamanya kambing dan ayam. Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang seketika dengan api yang sederhana perlahan sebelum mencampurkannya ke dalam resipi. Jintan putih berkhasiat memanaskan badan dan jika diminum air rendamannya baik untuk mengubati perut yang memulas.

Capsicum
Lada ini ada rasa padas dan manis. Ia berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi merah, kuning, jingga, ungu, putih atau coklat apabila masak.Lada benggala boleh dimakan mentah dan dihidang sebagai snek atau salad dan menjadi penambah perisa. Biasanya ia dibakar, dipanggang, ditumis atau digoreng bersama bahan lain.Banyak terdapat dalam sos, masakan pasta, salad dan sandwich. Pilih lada benggala yang berkilat, warna kulit sekata dan tidak lebam. Ia boleh disimpan selama seminggu di dalam beg plastik di dalam peti sejuk. Lebih ranum lada benggala ketika dipetik, makin kurang masa segarnya.

Tomato
Tomato mempunyai vitamin C yang dapat membantu memelihara kulit, sebab itulah ia amat popular di kalangan wanita kerana menjadi elemen penting dalam penjagaan kulit muka. Ia boleh diperolehi dalam bentuk segar dan puri. Apabila ditambah dalam masakan terutama spageti, ia akan menghasilkan rasa masam manis. Cara mudah untuk mengupas kulit tomato ialah membakarnya sehingga lalu kemudian dikupas kulitnya secara perlahan.

Telur
Telur ayam digunakan secara meluas untuk pelbagai hidangan. Ia boleh didapati bentuk jeruk, rebus, sejuk atau dimakan mentah. Cara membezakan telur masak dengan telur mentah tanpa memecahkan kulitnya ialah memutarkan telur tersebut. Kandungan cecair telur mentah akan menghentikan pemutaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras kerana ia penyahaslian protein.

Cili Api
Cili kecil berbentuk kurang berisi berbanding cili merah atau hijau tetapi bijinya lebih banyak. Walaupun saiznya kecil namun rasanya sangat pedas. Apabila tersentuh dengan kulit boleh menyebabkan rasa pedih dan lebih perit apatah lagi jika terkena mata. Ia juga dikenali sebagai Cili Thai kerana ia banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Buang biji untuk mengurangkan kepedasannya.

Cili Kering
Ia menjadi bahan asas dalam masakan sambal dan penggunaannya lebih enak dan selamat berbanding cili kisar atau cili boh di pasaran kerana sudah ditambah dengan bahan pengawet. Bagi mendapatkan lada kering yang enak dan mudah ditumbuk atau dikisar, potong kecil-kecil lada kering sebelum direndam atau direbus. Cara ini juga dapat mengasingkan bijinya daripada lada.

Cili Besar
Walaupun cili hijau dan merah dianggap sebagai rempah. Ia dimakan mentah atau dimasak untuk mendapatkan rasa pedasnya yang tertumpu di hujung kulit kerasnya yang mengandungi biji. Ia digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan tanpa menambah kalori atau lemak. Ia menjadi sumber Vitamin A,C,E dan pottasium bergantung pada warna dan variasinya. Cili mampu meredakan kesakitan, kegemukan, pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong. Selain itu, ia juga mengandungi bahan yang bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan menghalang trombosis.

Daun Kesum
Daun kesum mempunyai bau seakan daun ketumbar dicampur dengan limau. Daun ini juga dikenali sebagai daun Ketumbar Vietnam dan mempunyai rasa yang agak pedas. Di Malaysia, daun kesum banyak digunakan sebagai bahan hiasan hidangan seperti laksa. Air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur dan sebagai minuman selepas bersalin. Daun kesum juga kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

Daun Kari
Daun kari tiada kaitan dengan pokok kari atau serbuk kari. Ia hanya daun penambah rasa. Digunakan dalam sesetengah kari sahaja untuk memberikan rasa tangerine yang unik. Sama ada kering atau segar, daun kari merupakan bahan pertama yang dimasukkan ke dalam minyak sebelum memasak. Bau dan rasanya amat menonjol. Daun kari elok digunakan ketika segar. Ia boleh disimpan dan disejukkan untuk kegunaan di masa lain, tetapi jangan dipisahkan dari tangkainya kerana ia akan menyebabkan daun kari kehilangan rasa dan aroma.

Daun Ketumbar
Daun Ketumbar
Daun ketumbar digunakan menyeluruh kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Ia mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan bersabun. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina. Daun ketumbar lebih kecil dan baunya agak keras dari daun sup. Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau iaitu 'berlilin' dan 'bersabun'. Daun ini digunakan segar dan ditabur atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup, tomyam dan kari.

Halia
Halia mengandungi sehingga 3% minyak pati yang menghasilkan haruman unik. Halia digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan dan boleh direbus dan dicampur ke dalam teh serta dimaniskan dengan madu. Ia sering dijadikan bahan rempah di dalam masakan Cina terutamanya makanan laut dan daging kambing.

Kunyit
Biasanya digunakan sebagai pewarna semulajadi dan mencantikkan sesuatu hidangan dalam masakan. Ia membantu proses penghadaman dan mengurangkan gas dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak boleh menghaluskan kulit. Ia juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Khasiat lain kunyit ialah membantu masalah haid, meningkatkan pengeluaran sel darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit lutut, sendi dan ruam.

Lengkuas
Banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia sebagai bahan perasa dan rempah. Mempunyai rasa pedas seakan-akan halia dan lada. Jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur yang lebih kental, segar dan kulit kurang berserat. Ia mempunyai bau damar yang lembut seakan-akan pokok pain. Lengkuas adalah rempah yang digunakan untuk menyahbaukan ikan dan daging. Khasiatnya menambah selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Ia juga dijadikan bahan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.

Lada Hitam
Rasa pedas lada hitam akibat kehadiran alkoloid piperine, chavasine dan piperettine manakala minyak patinya menghasilkan aroma lada. Di Malaysia, penanaman lada hitam terkenal di Sarawak. Ia amat popular dalam penghasilan sos lada hitam selain sesuai ditambah dalam masakan untuk wanita dalam pantang, kerana kepedasan boleh memanaskan badan.

Daun Kunyit
Daun kunyit adalah bahan utama dalam masakan Nyonya dan digunakan secara menyeluruh di dalam masakan India. Ia sebagai bahan perasa banyak digunakan dalam bentuk potongan atau hirisan. Daun kunyit mempunyai persamaan dengan halia. Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air dan kemudiannya di sapu rata di kepala.

Daun Pandan
Ia berfungsi sebagai penambah rasa, bau dan warna pada sesuatu masakan. Daun pandan ini banyak digunakan dalam manisan dan kuih-muih. Selain itu, aromanya yang kuat juga digunakan dalam perawatan tradisional seperti mandi akar kayu untuk mengembalikan tenaga dalaman wanita selepas bersalin.

Limau Nipis
Ia banyak digunakan sebagai perasa dalam masakan Melayu selain dijadikan minuman. Air perahan limau nipis boleh membunuh kuman, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan selain melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Ia berfungsi membersihkan kepada berkelemumur, menghilangkan bau badan dan mengempiskan badan ibu bersalin apabila dicampur dengan kapur.

Limau Kasturi
Limau kasturi amat lazat dijadikan minuman dan ia dikatakan mampu menghilangkan dahaga. Ia banyak dijadikan bahan perasa dalam masakan seperti mee rebus, laksa dan sebagainya. Kulitnya boleh digunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Ia juga dapat mengatasi masalah bau badan.

Sumber: Chef Hanieliza


Jumaat, 9 November 2012

Peralatan Masakan

Periuk Nasi (Rice Cooker)
Berfungsi bagi memasak nasi tetapi boleh juga dijadikan periuk masakan seandainya ketiadaan dapur memasak ataupun jika kehabisan gas untuk memasak.

Pengadun (Mixer)
Berfungsi bagi mengadun bahan-bahan membuat kek ataupun kuih-muih dalam laras yang berbeza.

Spatula
Berfungsi bagi menggaulkan bahan campuran membuat kek.

Lesung Batu
Berfungsi bagi menumbuk sambal belacanm bawang, cili dan sebagainya.

Pemukul Telur (Whisker)
Berfungsi bagi memukul telur ataupun bahan campuran cair (biasanya untuk membuat pankek).

Penyepit
Berfungsi bagi membalik lauk semasa proses menggoreng ataupun membakar. Juga boleh digunakan untuk mengangkat spagheti yang direbus.

Senduk Kayu
Berfungsi untuk mengadun bahan campuran tepung untuk membuat kek dan juga masakan lain seperti masakan berkuah.

Sudip
Berfungsi untuk menggoreng dan terbalikkan masakan goreng seperti telur dan juga masakan lain.

Senduk
Berfungsi untuk masakan berkuah dan menceduk masakan.

Pisau Kupas Buah
Berfungsi untuk mengupas kulit buah, kentang, timun dan sebagainya.
Sudip


Senduk Kayu
Lesung Batu


Penyepit
Pengadun (Mixer)
Senduk
Periuk Nasi 

Pisau Pengupas



Spatula




Whisker