Ahad, 2 Disember 2012

Usia Kanak-Kanak Ku

Zaman Kanak-Kanak



Assalammualaikum...
Di sini ingin aku ceritakan zaman kanak-kanak ku (Setakat yang aku ingat)

Apa yang aku tahu, (menurut cerita Ibubapa ku) sejak dilahirkan aku menghidapi penyakit jantung berlubang. Memang mcm sukar nak percaya. Tapi itulah hakikatnya.
Aku dijaga oleh arwah atuk dan arwah nenek ku (AL-Fatihah untuk mereka) sejak aku kecil sehinggalah aku berusia 7 tahun.
Memang banyak pengalaman aku dibesarkan sebagai anak kampung. Kampung ku terletka di Jalan Tanjung, Kampung Kuala, Papar, Sabah. Arwah atuk aku merupakan ketua kampung ketika itu.
Banyak kenangan yang manin x kurang kenangan pahit.
Kedudukan rumah atuk mmg terpencil dipinggir hutan. Sejak kecil lagi, aku dh merasa buang air dan mandi di luar rumah (tandas bukan dalam rumah tapi pinggir sungai). Sejak kecil lagi aku dh diajar untuk berdikari. Bayangkanlah klu nk buang air, tandas lebih kurang 80meter dari rumah. Pergh!! memang mencabar. Kalau siang tak menjadi masalah. Bayangkan kalau perut memulas tengah malam?? Ketakutan menyebabkan hilang rasa nk terkucil.
Sejak kecil juga aku dh berjinak-jinak bercucuk tanam. Boleh dikatakan setiap hari aku mengikut arwah atuk ke ladang @ kebun untuk mengutip hasil tanaman. Arwah atuk tanam semuanya adalah untuk kegunaan sendiri. Pokok cili, sayur-sayuran, buah-buahan.. Memang best.
Waktu malam selepas Solat Maghrib berjemaah, aku akan mengaji dengan arwah atukku. Bukan aku seorang. Boleh dikatakan ramai anak-anak kampung turut mengaji dengan arwah atuk. Memang seronok. Waktu itulah aku boleh menambah kenalan.
Masuk umur ku enam (6) tahun, aku dihantar ke sekolah tadika dekat surau kampung. Apa yang membanggakan diriku, aku tidaklah menangis seperti budak seusia ku. Mungkin didikan arwah atuk mengajar aku untuk berdikari.
Namun itu semua kenangan. Yang pasti hidup kena terus...



0 ulasan:

Catat Ulasan