Rabu, 5 Disember 2012

Resepi Cucur Kelapa Pisang

Cucur Kelapa Pisang



Bahan-Bahan:

  • 1 cawan kelapa parut muda
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak bagi menggoreng
Cara Membuat:
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata.
  2. Panaskan minyak dan jemput adunan dengan hujung jari ke dalam kuali.
  3. Balikkan gorengan sehingga kuning keemasan dan angkat.\
  4. Sedia untuk dihidang.

Sumber : Chef Hanieliza


0 ulasan:

Catat Ulasan