Khamis, 22 November 2012

DOA HARI ASYURA

Doa Hari Asyura (10 Muharam)


Doa Hari Asyura

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Maha Suci Allah sepenuh 'Mizan' (timbangan), setinggi ilmu, sebanyak keredhaan dan setimbang Arasy. Tiada tempat untuk menyelamatkan diri dan bersandar melainkan kepada Allah dan Maha Suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil dan sebanyak bilangan kalimah yang sempurna kesemuanya.Daku memohon keselamatan daripada-Mu dengan Rahmat-Mu, Wahai Allah yang Maha Penyayang! Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Cukuplah Allah pemeliharaku, tempatku berpegang dan sebaik-baik pemberi pertolongan. Selawat Allah ke atas nabi-Mu, sebaik-baik ciptaan-Nya, penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat keseluruhannya. Dan segala pujian milik Allah, Tuhan seluruh alam!

0 ulasan:

Catat Ulasan