Jumaat, 30 November 2012

Kehangatan Perlawanan Malaysia vs Indonesia

Piala AFF Suzuki 2012

AFF SUZUKI CUP 2012


Group B
TeamMP W D LGFGAPts
Indonesia2110324
Singapore2101313
Malaysia2101443
Laos2011361








Kehangatan perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 makin terasa getarannya. Pelbagai perang psikologi telah dimainkan sama ada melalui media massa dan penyokong kedua-kedua pasukan. 
Kebangkitan pasukan Malaysia yang membenam pasukan Laos telah merisaukan pasukan Indonesia. Hal ini menyebabkan persatuan bolasepak di Indonesia telah memohon FAM untuk memilih Stadium berkecuali bagi perlawanan Malaysia - Indonesia. Alasan mereka adalah risau mereka akan diapa-apakan oleh penyokong Malaysia. Di puak penyokong Malaysia pula, mereka menganggap alasan itu tidak boleh terima kerana Malaysia tetap bermain di Stadium GBK walaupun terima pelabagi ugutan sehingga terpaksa menaiki Baracudda pada edisi lepas. Perang psikologi ini juga adalah disebabkan oleh kerisauau pasukan Indonesia ke atas pasukan Singapura yang begitu yakin mampu menewaskan pasukan Laos. 

Bagi pasukan Singapura pula, kebanyakan penyokong mereka mengharapkan salah satu pasukan, Malaysia atau Indonesia kalah dan dalam masa yang sama pasukan mereka menang ke atas Laos sekaligus mereka layak ke perlawanan separuh akhir. Disebabkan itu, kebanyakan penyokong mereka memuji kebangkitan pasukan Malaysia dan Indonesia pada perlawanan kedua pasukan B.

Bagi Laos pula, mereka hanya mengharapkan pasukan Indonesia menewaskan Malaysia dan dalam masa yang sama mereka mampu menewaskan pasukan Singapura.  Jika ini berlaku, pasukan mereka akan mengiringi pasukan Indonesia ke separuh akhir. Bagi mereka, jika Indonesia mampu menewaskan Singapura, mengapa mereka tidak mampu berbuat demikian??

Namun, di kem Malaysia, pemain mereka kembali bersemangat dalam pertemuan terakhir Kumpulan B. Walaupun keyakinan sudah kembali ke puncak, namun mereka harus fokus pada perlawanan terakhir. Kesilapan sedikit mampu menghancurkan harapan mereka. Hanya kemenangan ke atas Indonesia akan melayakkan Harimau Malaya ke perlawana separuh akhir. 

Harapan pasukan Harimau Malaya adalah Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi oleh penyokong Malaysia dalam menaikkan moral pasukan Harimau Malaya. 

BUSUK-BUSUK HARIMAU MALAYA, ORANG KITA JUGA.


0 ulasan:

Catat Ulasan