Isnin, 26 November 2012

HARIMAU MALAYA AKAN BANGKIT?

Harimau Malaya Pasti Mengaum?

Harimau Malaya


Pastinya pelbagai andaian, pendapat dan kesimpulan yang diilhamkan oleh peminat sukan bolasepak Malaysia selepas perlawanan membabitkan pasukan Malaysia menentang Singapura yang memihak kepada pasukan seberang Tambak Johor tersebut dengan jaringan 3-0..

Jaringan yang agak besar di Stadium Bukit Jalil seumpama tidak boleh diterima oleh peminat bolasepak Malaysia. Ada yang mengatakan pasukan Malaysia dah jadi 'lauk' di Asia Tenggara sehingga wujud nama baru seperti Harimau Menguap, Harimau Malasnya dan pelbagai lagi Tidak kurang juga menyatakan Malaysia dh kembali kepada zaman kejatuhan seiring dengan kejatuhan Ranking Fifa (163). Ada juga pendapat mengatakan bahawa kekalahan tersebut adalah berpunca ketidakfokusan pemain yang mudah melakukan kesilapan kecil sehinggakan memudahkan pasukan Singapura mudah mencari 3 gol.

Selain itu, pendapat lain mengatakan kekalahan pasukan Malaysia adalah disebabkan tiadanya keserasian kerana Dato' Raja menggunakan tatktik yang berbeza di setiap perlawanan persahabatan bagi mengelak dihidu oleh pasukan lawan. Hal ini menyebabkan pemain mudah keliru dan kurang serasi.

Namun begitu ada juga  yang berkeyakinan yang Harimau Malaya akan bangkit seperti edisi lepas di mana perlawanan pertama kita dibelasah pasukan Indonesia dengan jaringan 5-1 dan akhirnya kita juara menentang pasukan Indonesia. Segalanya terpulang kepada perancangan Dato' Raja dalam memastikan kegemilangan pasukan Malaysia terus gemilang di peringkat Asia Tenggara.

Tidak perlulah kita menghentam pasukan Harimau Malaya @ Malaysia di atas kekalahan tersebut. Kita ambillah semangat penyokong pasukan Garuda @ Indonesia yang sentiasa memberi sokongan walaupun mereka tahu yang pasukan mereka tidak setanding pasukan lawan.

Yang pasti, kita tanamkan keyakinan yang Malaysia akan kembali MENGAUM dan MENGGANAS. Kepada peminat setia bolasepak Harimau Malaya, ayuh!! kita GEGARKAN STADIUM BUKIT JALIL.
SELAMANYA HARIMAU MALAYA!

Selamanya Harimau Malaya


1 ulasan: