Sabtu, 10 November 2012

3 Ujian Penting Bagi Wanita

3 Ujian Penting Bagi Wanita

Jika dilihat pada trend masa kini, kebanyakan wanita  membelanjakan kebanyakan wang mereka untuk perkara luaran seperti pakaian, perhiasan dan gajet. Kekurangan info menyebabkan mereka kurang memberi perhatian kepada pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan. 
Terdapat seribu satu alasan yang diberikan bagi mengelak untuk mengambil 3 Ujian ini. Mungkin anda berdepan dengan situasi terlalu sibuk dengan keluarga dan kerjaya. Ada juga mungkin takut untuk mengetahui apa jua kemungkinan keputusan yang bakal ditunjukkan.
Namun wanita harus tahu dan sedar bahawa semakin cepat mengetahui status dan keadaan tubuh anda, semakin cepat anda mampu mengubahnya dan memastikan dapat menjalani hidup dalam kesihatan yang terbaik.

UJIAN 1 - Berat Komprehensif dan Penilaian Lemak
Kebanyakan wanita hanya membuat ujian berat hanya melalui penimbang berat. Anda sebenarnya perlu melakukan tujuh ujian dalam satu masa yang mana keputusannya mampu memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai tahap kesihatan anda secara menyeluruh. Tujuh ujian tersebut adalah:
  • Berat Badan (body weight)
  • Indeks Jisim Badan (BMI)
  • Peratusan Lemak Badan (Body Fat Percentage)
  • Umur Badan (Body Age)
  • Metabolisme Rehat (Resting Metabolism)
  • Lemak Visceral (Visceral Fat)
  • Otot Rangka (Skeletal Muscle)
Kebanyakan individu menganggap hanya golongan lelaki sahaja yang mementing jisim otot. Namun, bagi wanita, mengetahui peratusan otot rangka juga penting seperti lelaki. Hal ini kerana, otot rangka merupakan kunci kepada keupayaan untuk membakar lemak dalam masa yang panjang dan sekaligus membantu menurunkan berat badan.

Secara umumnya, wanita harus memiliki hampir 30% otot rangka. Jika peratusan terlalu rendah, jisim otot perlu ditingkatkan. Terdapat 2 cara mudah untuk membina otot:


  1. Makan lebih banyak telur. Sebiji telur mengandungi kira-kira 10% keperluan protein harian manusia yang berfungsi membina otot di samping mengandungi Vitamin A, D dan B12 serta lutein dan zeaxanthin.
  2. Menambahkan kretin (creatine) dalam minuman smoothie. Makan dua gram kretin (creatine) setiap hari semasa bersenam mampu beri lebih tenaga kepada otot. 
Secara ringkasnya semakin banyak otot yang dimiliki, semakin banyak kalori boleh dibakar.


UJIAN 2 - Tekanan Darah
Penyaki jantung adalah pembunuh nombor satu wanita. Punca utama menjadi penyumbang penyakit jantung adalah disebabkan oleh tekanan darah. Namun begitu, ramai wanita mengabaikan untuk melakukan diagnosis kerana tidak menyangka tekanan darah punca penyakit jantung.

Tekanan darah tinggi dikaitkan dengan perkembangan keadaan yang mengancam nyawa seperti strok, kegagalan biah pinggang berfungsi dengan baik dan diabetes jenis 2. Bacaan tekanan darah yang normal haruslah pada nilai 115/75 mm/Hg. Hipertensi berlaku apabila tekanan darah melebihi nilai 140/90 mm/Hg dan pra-hipertensi adalah pada nilai di antara dua nilai tersebut di atas.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, jangan panik dan risau kerana terdapat ubat-ubatan yang boleh membantu merendahkan tekanan darah seperti pengambilan Koenzim Q10 atau ubiquinoe. Ia merupakan supleman yang membantu mengekalkan kesihatan saluran darah. Kajian membuktikan bahawa pengambilan 200mg suplemen ini sehari dapat membantu mengurangkan tekanan darah.

Selain itu, kaum wanita juga perlu menambah lebih banyak bawang putih dalam diet seharian di samping makan sekurang-kurangnya satu cengkih setiap hari bagi merendahkan tekanan darah dan dapat melambat pengerasan arteri darah.


UJIAN 3 - Ujian Darah untuk Glukosa dan Kolestrol
Ujian ini amatlah tidak menyakitkan, hanya dengan mencucuk jari anda dan kedua-dua paras gula dan kolestrol dalam darah dapat diketahui. Apa yang lebih menarik, tidak perlu berpuasa terlebih dahulu.
Jika tidak makan dalam dalam tempoh beberapa jam, bacaan paras gula dalam darah haruslah  berada di antara 70mg/dl sehingga 100 mg/dl. Bacaan 100mg/dl hingga 125mg/dl menunjukkan anda adalah pra-diabetik dan 126mg/dl bermakna anda penghidap kencing manis.
Lain pula seandainya anda baru sahaja makan sewaktu menjalankan ujian. Seandainya bacaan paras gula dalam darah melebihi 200mg/dl, ia meletakkan anda sebagai penghidap diabetes. Gula yang terbina dalam darah anda disebabkan rintangan insulin di mana ia bertindak seperti kaca yang mengikis dinding arteri dan menyebabkan semakin lemah.

Penyakit diabetes jenis 2 biasanya mempunyai rendah kandungan magnesium yang penting dalam mengawal paras gula dalam darah yang rendah. Terdapat dua suplemen bagi meringankan kesan diabetes jenis 2:

  1. Mengambil 400mg magnesium setiap hari, dapat membantu menguruskan paras gula dalam darah.
  2. Mengambil 200mg kromium polynicotinate setiap hari boleh memperbaiki perjalanan insulin di dalam badan di mana ia boleh menurunkan kandungan gula dalam darah.
Tahap kolesterol juga perlu berada di bawah 200. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan peningkatan tahap kolesterol:
  1. Menambah minyak kelapa ke dalam makanan bagi mengganti mentega dan lemak yang tidak sihat. Juga boleh menambah satu sudu dlam diet harian bagi membantu meningkatkan High-density lipoprotein (HDL) anda dan seterusnya melindungi arteri.
  2. Megambil 1,200mg beras yis merah dua kali sehari untuk memastikan kolesterol terkawal kerana beras yis merah ini menyekat enzim mengeluarkan kolesterol yang tidak baik.

Oleh yang demikian, kaum wanita perlulah bertindak segera. Jangan hanya mementingkan keindahan luaran sahaja semata-mata. Fikirkanlah juga kesihatan tubuh badan. PEACE NO WAR!!

Sumber : Majalah iSIHAT keluaran September 2012.





0 ulasan:

Catat Ulasan