Isnin, 19 November 2012

RESEPI ONDE-ONDE

Onde-Onde

Onde Onde


Bahan:

  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan jus pandan
  • 2 ketul gula melaka (Dipotong dadu kecil)
  • 1/2 biji kelapa parut muda (Bahagian putih sahaja)
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Bancuh tepung pulut, tepung gandum dan garam dengan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan sebelum memasukkan gula melaka ditengahnya. Kemudian ditutup semula dengan membentuk seperti bebola.
  3. Panaskan air hingga mendidih. 
  4. Masukkan bebola pulut tadi.
  5. Angkat bebola itu setelah ia timbul dan tuskan di dalam penapis.
  6. Golekkan onde-onde dalam kelapa parut muda yang bercampur dengan sedikit garam.
  7. Hidangkan bersama minuman panas
Sumber : Chef Hanieliza

0 ulasan:

Catat Ulasan