Safee Sali |
Seperti yang sedia maklum, pasukan Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya ke atas pasukan Laos semalam dengan jaringan 4-1. Ternyata ancaman dan amaran dari pengurus pasukan Laos sehari sebelum perlawanan yang mengatakan pasukan Malaysia tidak akan mampu mengalahkan Laos ternyata meleset. Malah pasukan Harimau Malaya mampu menjaring jumlah gol yang agak besar.
Kemenangan tersebut juga sebenarnya memberi mesej kepada pasukan jiran Indonesia untuk tidak memperlekehkan kemampuan Malaysia hanya kerana pasukan Indonesia berjaya menewaskan pasukan Singapura (Pasukan yang menewaskan Malaysia).
Kemenangan Malaysia sebenarnya disebabkan beberapa faktor. Antaranya kejayaan Shakir memainkan peranan sebagai pemain tengah yang membantu Safiq mendapat ruang untuk mengawal dan menghantar bola. Di samping banyak kesilapan yang dilakukan oleh pemain Laos.
Namun sebenarnya, apa yang menjadi tumpuan adalah dua remaja Malaysia; Hazwani Syamimi dan Arie Vans yang secara terang-terangan membuat janji bodoh. Hazwani - Berjanji bogel di Pavillion KL, Arie Vans - Potong 'anu'nya, jika Malaysia menang. Apakah mereka akan menjadi seperti Jefri Pain yang berjanji potong "anu"nya jika Pandalela menang pingat di Olimpik.??
Janji Arie Van |
SELAMANYA HARIMAU MALAYA
BUSUK-BUSUK HARIMAU MALAYA, ORANG KITA JUGA
0 ulasan:
Catat Ulasan