Selasa, 27 November 2012

Marah Punya Pasal

Call Call!!

Jangan Marah


Sewaktu duduk layan citer lawak, teringat masa wat program bersama rakan-rakan se'consultant'. Ada cerita yang paling lawak yang sukar saya lupakan... Saya rasa nk kongsikan sahaja citer ni..

Citer ni berlaku sewaktu kami melaksanakan satu program team building di Batang Kali...
Situasi tu kalau x salah kami sedang bersiap untuk wat aktiviti jungle trecking.. Dijadikan citer, si kawan tersebut sedang berbual dlm telefon.

Tetiba saja si kawan itu dengan nada yang marah dan garang bersuara..
"DAH TU NAK BUAT MACAMANA?? AKU ANGKAT DIE TAK CALL!!"
Kami yang berada dalam bilik tetiba tersenyap sejuta bahasa... tanpa dirancang, kami semua tergelak beramai²....
Mana tak nya, ayat die guna amat salah... Sepatutnya die kata, "dah tu nk buat macamana, aku call die x angkat.."
Tetapi mungkin terlalu marah, fokus ayatnya dh bercelaru..
MOral of the story, fikir dulu sebelum cakap..
Hahahaha...

1 ulasan: